Connect with us

Oh! Media

Naim Daniel Bimbang PKP Dilonggarkan, Tidak Mahu Rakyat Malaysia Rasa Terlalu Seronok!

Oh! Artis

Naim Daniel Bimbang PKP Dilonggarkan, Tidak Mahu Rakyat Malaysia Rasa Terlalu Seronok!

Tan Sri Muhyiddin Yassin sudahpun mengenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa perutusan khas semalam bahawa hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan beroperasi mulai 4 Mei ini.

ADVERTISEMENT

Meskipun sudah membuat pengumuman, beliau menyarankan agar majikan menggalakkan pekerja untuk terus bekerja dari rumah. Menurut tinjauan Ohmedia di media sosial, ramai netizen berasa kurang senang apabila mengetahui tentang PKPB tersebut.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Naim Daniel berusia 23 tahun juga turut menyuarakan kebimbangannya di akaun Instagram, @naimdanielx. Beliau mengatakan bahawa dia tidak mahu rakyat Malaysia berfikir sudah bebas dari jangkitan wabak Covid-19.

KITA BELUM MENANG. Malaysia, dalam PKP pun ada diantara kita yang degil. Inikan pula jika dilonggarkan. Jangan sampai angka ajal meningkat memanggil. Habis menyesal seluruh badan. Jangan seronok sangat. Kita tak punya vaksin, atau penawar. Angka yang dijangkiti masih wujud. Negara Taiwan yang 0 kes pun masih lagi melaksanakan kawalan pergerakan. Kita masih lagi 2 kes angka setiap hari macam dah menang perang.



OHMEDIA: SETUJU DENGAN NAIM! HMM.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas