Connect with us

Oh! Media

Nahas Kereta Api Meletup di Kaherah Mesir Mengorbankan 20 Orang

Imagejpg

Umum

Nahas Kereta Api Meletup di Kaherah Mesir Mengorbankan 20 Orang

Berikutan dengan nahas kereta api yang meletup di Keherah Mesir semalam, Menteri Pengangkutan Mesir, Hisham Arafat mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan berkenaan.

Kejadian yang berlaku  di stesen utama di ibu kota Mesir itu telah mengorbankan seramai 20 orang dan mencederakan 43 yang lain.

Hasil siasatan mendapati kereta api berkenaan telah merempuh halangan yang gagal berhenti ketika tiba di platform enam dan telah merempuh penghalang dan pemegang besi yang mengakibatkan ia meletup sebelum terbakar.

IKLAN

Walaubagaimanapun, pemandu kereta api berkenaan dilaporkan selamat dan telah ditahan pasukan penyiasat.

Sewaktu kejadian, turut dapat dilihat penumpang yang membawa bagasi melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa apabila api semakin marak, dan beberapa yang lain berlari dengan tubuh disambar api.

Menteri Kesihatan, Hala Zayed, berkata pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti 20 mayat yang ditemui kerana rentung.

Seorang saksi, Ibrahim Hussein, berkata: “Saya melihat seorang lelaki menunjuk dari kereta api ketika ia memasuki platform dan menjerit ‘Tiada brek! Tiada brek!’ sebelum beliau melompat keluar.

“Saya tidak tahu apa berlaku kepadanya.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas