Connect with us

Oh! Media

Nahas Chiang Mai : 13 Rakyat Malaysia Disahkan Maut, 9 Lagi Cedera

Umum

Nahas Chiang Mai : 13 Rakyat Malaysia Disahkan Maut, 9 Lagi Cedera

KUALA LUMPUR – Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

ADVERTISEMENT

Ketika dihubungi Bernama malam ini, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

“Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

“Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit difahamkan berasal dari Johor,” katanya.

Laporan agensi media antarabangsa, Xinhua, menyatakan bas itu terbabas ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai, selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand dalam memberi bantuan konsul kepada mereka yang cedera, selain menghubungi waris-waris mangsa berkenaan.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah kepada kepada keluarga dan rakan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Di JOHOR BAHRU, Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd, Terence Yung, mengesahkan kesemua 22 mangsa berkenaan adalah dari Batu Pahat, Johor.

“Kami menerima berita sedih bahawa kenderaan yang membawa Kumpulan Pelancong kami yang ke sana pada 17 Dis (Khamis) telah terlibat dalam kemalangan,” kata Yung ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di lima buah hospital di Chiang Mai. – BERNAMA

Gamat Bukan Penyembuh! Hanya Mitos

Gamat Bukan Penyembuh! Hanya Mitos

Gamat Bukan Penyembuh! Hanya Mitos – House of Healin HQ Banyak orang cakap Gamat boleh sembuh luka cepat. Betul ke? Kalau nak tahu Gamat telah dikelaskan dibawah supplemen kesihatan perlu didaftarkan dengan KKM. Kajian intensif oleh pakar penyelidik perubatan membuktikan gamat mempunyai khasiat kesihatan bukan sekadar hanya bagi mempercepatkan penyembuhan. Kini Gamat bukan lagi perubatan tradisional malah dikenali diluar negara. Antara khasiat gamat yang tidak diketahui; Gamodulin: Adalah ekstrak gamat yang ditulenkan secara saintifik selepas kajian selama 15 tahun. Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Nihon dan Kyoto Jepun telah membuktikan gamodulin boleh membantu;1. Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel biologi,tulang,kolagen dan rejuvenasi sel-sel kulit2. Meningkat dan merangsang sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit dan jangkitan3. Membantu untuk meningkatkan fungsi gatrointestinal dan penghadaman4. Melancarkan perjalanan darah dan detofikasi toksin5. Merangsang proses penyembuhan6. Membantu meningkatkan metabolisme sel7. Membantu mengurangkan paras kolestrol dan glukosBerminat nak tahu info lanjut boleh ke website www.houseofhealin.com.my dan Facebook https://www.facebook.com/HouseofHealinHQ.

Posted by Oh! Media on Sunday, December 20, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas