Connect with us

Oh! Media

Nabil Ahmad Kesal Campak Tanjak

Umum

Nabil Ahmad Kesal Campak Tanjak

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengaku bahawa dirinya seperti ‘naik sheikh’ apabila bertindak mencampak tanjak ketika mengendalikan Muzikal Lawak Superstar, Jumaat yang lepas.

ADVERTISEMENT

Tindakannya itu, telah mencetuskan kontroversi apabila terlepas percakapan seperti biasa ketika mengacaran program bersiaran langsung. Oleh itu, Nabil telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.

“Saya mahu buat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran saya di pentas MLS.

“Bukan niat saya memperlekehkan bangsa dan adat Melayu terutama tanjak dipakai.

“Selepas program itu tamat, hati saya tidak tenang. Saya serba salah kerana saya orang Melayu. Kalau kita sendiri tidak menghormati Melayu, macam mana orang lain nak hormat Melayu?

“Bagi yang terguris hati dan perasaan atas keterlanjuran ini, diharap permohonan maaf saya diterima,” katanya kepada pemberita.

Nabil juga mengakui bahawa perbuatannya itu terjadi apabila terlalu terasa teruja apabila berada di atas pentas dan menyatakan juga bahawa permohonan maafnya bukanlah atas paksaan mana-mana pihak.

“Selepas tamat program itu, saya fikir semula, tindakan itu adalah tidak wajar. Maklumlah, apabila naik pentas, mulalah naik ‘sheikh’.

“Kalau songkok dan kopiah, kita sudah biasa pakai. Jadi secara tidak langsung, saya berjaga-jaga. Tetapi mungkin kerana kita jarang pakai tanjak, membuatkan saya lupa,” katanya.



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas