Connect with us

Oh! Media

Geng Myvi Berlumba Punca Tiga Beranak Termasuk Bayi Maut

Umum

Geng Myvi Berlumba Punca Tiga Beranak Termasuk Bayi Maut

ADVERTISEMENT

Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 12:30 malam tadi ini menyaksikan 6 biji Myvi sedang berlumba dan telah melanggar sebuah Pajero. Nahas tersebut menyebabkan ketiga-tiga beranak termasuk bayi yang ada di dalam Pajero tersebut tercampak keluar dan meninggal dunia.

Salah seorang saksi yang dikenali sebagai Syafiq Rosli yang juga pemilik gambar-gambar viral semasa di tempat kejadian menulis kenyataan berikut di halaman Facebook miliknya;

“Mohon Viral. Kemalangan maut berlaku jam 12-1 pagi (lebih kurang) , 2 Mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara. Kejadian berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan telah melanggar sebuah Pajero Sport yang menyebabkan Pajero itu terbalik dan penumpang tercampak keluar. Dikhabarkan satu pasangan (lelaki dan perempuan) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia. (Mangsa Pajero Sport)

Mohon sesiapa yang kenal 5 buah Perodua Myvi (1 dah kene tahan) dari Myvi Familia Club yang terlibat dengan insiden untuk serah diri ke Balai Polis berhampiran”.

Seorang saksi lain pula menulis;

“Saya ad masa kejadian. ramai saksi yang myvi ni BERLUMBA. JANGAN NK TEGAKKAN BENANG YANG BASAH. JANGAN CAKAP MYVI NI TAK BERLUMBA. NYARIS PEMANDU TAK KENA BELASAH DENGAN AHLI KELUARGA MANGSA YANG MENINGGAL. SAMPAI NENEK DAN EMAK MANGSA DATANG KE TEMPAT KEJADIAN. MAK MANGSA PENGSA DISITU MELIHAT ANAKNYA MENINGGAL DUNIA DITEMPAT KEJADIAN. TERIMA KASIH”

Video:

Bagaimana Ianya Berlaku?

Kejadian seperti ini jelas adalah kesan daripada sikap segelintir pemandu yang biadap dan terlalu dungu untuk difikirkan semula. Kami tak salahkan jenis kereta apa, kelab apa dan sebagainya, tapi sikap 6 orang pemandu Myvi inilah sebenarnya nyata perbuatan biadap yang akhirnya meragut nyawa insan yang tidak bersalah.

Sekelip mata dua-beradik ini kehilangan ibu dan ayah tempat bergantung hidup dan juga seorang adik comel yang belum sempat mengenal dunia.

Oh! Anak Mangsa Kemalangan Myvi-Pajero

Sekelip mata kanak-kanak malang ini menjadi yatim piatu. Allah menyayangi ibubapa dan adikmu. Al-Fatihah semoga mereka semua tenang disana.

Posted by Oh! Media on Saturday, May 2, 2015


Semoga mereka ditempatkan bersama golongan orang yang beriman ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

Update:

Mangsa anak-beranak telah selamat dikebumikan petang tadi. Semoga keluarga ini ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Sama-sama kita semua yang memandu jadikan kejadian sebegini sebagai tauladan sampai bila-bila. Jangan kerana keangkuhan dan kesombongan kita meragut nyawa insan yang tidak berdosa.

Baca respon awal pembaca di Facebook Oh! Media:
Post 1 | Post 2 | Post 3 | Post 4 | Post 5 | Post 6

Rakaman CCTV lebuhraya DUKE ini menampakkan geng Myvi sememangnya memandu dalam keadaan laju atau kata lain, sedang berlumba. Penafian dari ahli kelab mereka, FMC bahawa mereka bukannya berlumba nampaknya perlu diperjelaskan semula. Tonton video ini.

Rakaman CCTV Geng Myvi Berlumba

Rakaman CCTV lebuhraya DUKE ini menampakkan geng Myvi sememangnya memandu dalam keadaan laju atau kata lain, sedang berlumba. Penafian dari ahli kelab mereka, FMC bahawa mereka bukannya berlumba nampaknya perlu diperjelaskan semula. Tonton video ini.Berita penuh: http://www.ohmedia.my/2015/05/myvi-berlumba-punca-tiga-beranak-maut.html

Posted by Oh! Media on Saturday, May 2, 2015


Apa kata anda?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas