Connect with us

Oh! Media

Muzium Singapura Meminta Wanita Di Negara Itu Kongsi Gambar Punggung Mereka Untuk Sebuah Projek

Umum

Muzium Singapura Meminta Wanita Di Negara Itu Kongsi Gambar Punggung Mereka Untuk Sebuah Projek

Sebuah Muzium di Singapura telah meminta semua wanita di negara itu untuk berkongsi gambar punggung mereka untuk sebuah projek online bertujuan menghapuskan stereotaip imej seksi wanita.

ADVERTISEMENT

Amanda Heng, salah satu artis seni tempatan bekerjasama dengan Muzium Kesenian Singapura (SAM) membuat satu projek ‘Online Singirl’ untuk menghapuskan imej punggung seksi wanita yang sering dikaitkan dengan pramugari Singapore Airlines.

“Amanda ingin mengete­ngahkan imej sederhana wanita Si­ngapura yang sebelum ini sinonim dengan punggung seksi pramugari Singapore Airlines,” tulis SAM di Instagram.

Amanda juga berhasrat untuk menghapuskan imej seksi pramugari Singapore Airlines yang sering dipromosikan oleh syarikat penerbangan itu.

“Bagaimana cabaran ini dapat mengetengahkan persepsi terhadap identiti jantina dan nasio­nal?” tulis hantaran itu lagi.

Beberapa wanita Singapura turut memuat naik gambar punggung mereka dengan ayat ‘Singirl’ bagi menanda tanda sokongan terhadap kempen itu. 

Muzium Singapura menjelaskan mereka yang ingin turut serta dalam kempen ini boleh berbuat demikian di kios gambar Galeri Nasional Singapura dan imej-imej tersebut akan dimasukkan ke pangkalan data Amanda.

Selain wanita biasa, projek ini turut melibatkan beberapa artis seni negara itu iaitu Charles Lim Yi Yong, Bani Haykal, Debbie Ding, Heman Chong dan Chua Chye Teck.

Kredit : Kosmo!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas