Connect with us

Oh! Media

Mungkin Filem Lucah Yang Mereka Harapkan Dari Saya : Namron

Umum

Mungkin Filem Lucah Yang Mereka Harapkan Dari Saya : Namron

Pengarah dan pelakon berbakat besar, Namron meluahkan rasa kecewa selepas filem arahannya, One Two Jaga kurang mendapat sambutan daripada peminat filem tempatan.

ADVERTISEMENT

“Kalau belek di media sosial, banyak yang cakap support, dah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi di panggung kosong tak ada orang.

“Baru saya sedar saya terpedaya dengan kata-kata manis. Tak apa, lepas ini saya akan buat filem lucah pulak, mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu,” tulisnya menerusi laman Twitter miliknya.

Tambah Namron, dia mengarahkan filem tersebut bukanlah untuk mendapat pujian di media sosial, mahupun memenangi anugerah, tapi dia mengharapkan orang ramai datang ke panggung kerana dia menghasilkan filem yang mudah dihadam.

“Jika saya dah sanggup buat filem ringan bukan filem berat, semata-mata nak kongsi cerita saya, tapi orang ramai masih tak terpanggil ke panggung, saya tak tahu apa lagi yang orang ramai mahukan.

“Mungkin filem lucah yang mereka harapkan dari saya. Jika itu yang orang ramai nak, saya akan jadi pengasas pembikin filem lucah di Malaysia,” tulisnya.

Filem arahan Nam Ron ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas