Connect with us

Oh! Media

Munafik 3 Akan Ditayangkan 2 Tahun Dari Sekarang?

Umum

Munafik 3 Akan Ditayangkan 2 Tahun Dari Sekarang?

Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof terus mendapat sambutan hangat di pawagam apabila berjaya mengutip lebih RM21 juta dalam tempoh hanya empat hari tayangan.

ADVERTISEMENT

Menerusi video berdurasi seminit yang dimuat naik di laman Instagram rasmi Munafik 2, Datuk Yusof Haslam telah mengesahkan bahasa sambungan Munafik 2 telah pun dirancang dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan yang menonton filem itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton filem Munafik 2 kerana anda semua memberikan sokongan padu kepada filem ini.

“Jangan lupa saksikan terus filem Munafik 2 dan jangan lupa tunggu Munafik 3 dua tahun daripada sekarang,” katanya.

Oh! Media: Jadi adakah Munafik 3 akan merungkai semua persoalan yang bermain di fikiran penonton? Sama-kita nantikan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas