Connect with us

Oh! Media

Mulai 1 Januari 2019 Penggunaan ‘Straw’ Akan Diharamkan Sepenuhnya

sampah sedotan plastikjpg

Umum

Mulai 1 Januari 2019 Penggunaan ‘Straw’ Akan Diharamkan Sepenuhnya

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan telah memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2019, straw atau penyedut minuman akan diharamkan di semua premis perniagaan bagi tujuan mungurangkan pencemaran plastik serta dalam usaha memulihara alam sekitar.

Tempoh untuk mendidik masyarakat terutamanya peniaga akan dilaksanakan sehingga tahun 2020 sebelum tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan sepenuhnya, katanya.

Kepada para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000. Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan.

IKLAN

Sebelum ini, restoran makanan segera, Mcdonalds serta beberapa outlet besar seperti IKEA telah memulakan inisiatif ‘mengharamkan’ penyedut minuman kepada pelanggan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas