Connect with us

Oh! Media

Ini Peluang Terbaik Untuk Anda Menunaikan Ibadah Korban Tahun 2016 Ini

Umum

Ini Peluang Terbaik Untuk Anda Menunaikan Ibadah Korban Tahun 2016 Ini

Assalamualaikum. Jika anda seorang yang beragama Islam, maka artikel ini kami sediakan khas untuk anda sebagai jalan dan ruang untuk memudahkan anda melaksanakan ibadah korban tahun ini jika berkemampuan. Ibadah korban bukanlah satu paksaan namun besar ganjarannya bagi mereka yang ikhlas bersedekah.

ADVERTISEMENT

Muslim Qurban Ent. (Reg: 002434460-V) di bawah seliaan Oh! Media dan Oh! Islam mengambil inisiatif untuk mengajak sesiapa sahaja yang berkemampuan untuk sama-sama menyertai ibadah korban yang akan dilaksanakan pada musim Aidiladha tahun 1437H/2016 ini. Mungkin ramai yang ingin melaksanakan ibadah ini cuma kurang tahu di mana saluran yang perlu ditujui.

Jika anda mempunyai niat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini, Oh! Media telahpun memastikan anda mendapat harga bagi Lembu dan Kambing dengan harga serendah yang mungkin berbanding di tempat lain. Ini merupakan tahun ke-2 program seumpama ini dijalankan selepas kejayaan pada tahun lalu. Terima kasih dan syabas untuk yang menyertai program ini pada tahun lalu.

Sekitar suasana penyembelihan dan taraf kedaifan di Bangladesh.

Jika tidak mampu seekor Lembu, korbankan seekor Kambing. Jika tidak mampu juga, sebahagian dari daging Lembu yang disembelih sudah memadai. Hanya Allah dan diri kita sahaja yang tahu menilai di mana kemampuan dan juga keikhlasan diri kita semua.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga mampu dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid).” – (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Pilihan untuk ibadah korban anda.

1 ekor Lembu = RM1960 sahaja.

Atau;

1 ekor Kambing = RM550 sahaja.

Atau;

1 bahagian Lembu = RM280 sahaja.

Bayaran secara ansuran juga boleh dibuat bagi membolehkan lebih ramai lagi dapat melaksanakan sunnah yang amat dituntut ini. Bayaran ansuran adalah serendah RM50 terlebih dahulu dan boleh diselesaikan sebelum perayaan Aidiladha.

Mengapa Memilih Muslim Qurban?

Berikut adalah jawapan mengapa Muslim Qurban diwujudkan dan mengapa ini merupakan peluang terbaik anda untuk turut sama menunaikan ibadah yang amat dituntut ini?

1. Memberi peluang agar lebih ramai orang yang dapat membuat ibadah qurban dengan harga yang murah berbanding di tempat lain. Dengan meminimakan kos pengurusan dan pentadbiran serta memperincikan soal urus-tadbir ibadah korban ini, perkara ini dapat direalisasikan.

2. Syarikat yang akan melaksanakan qurban dari A hingga Z (penyembelihan, proses masakan, penghantaran dan pengagihan).

3. Qurban dilakukan di negara-negara di mana penduduk Islamnya benar-benar berada dalam keadaan serba kekurangan dan kemiskinan (lebih afdhal).

4. Penyembelihan qurban dan aqiqah dilakukan oleh pihak yang bertauliah.

5. Ibadah qurban di luar ini mempunyai keikhlasan yang lebih tinggi ibarat beri tangan kanan sedang tangan kiri tidak mengetahuinya.

6. Sijil penyertaan dan gambar korban akan dihantarkan kepada anda sebaik sahaja musim korban selesai.

Contoh sijil dan gambar-gambar yang akan dikirimkan kepada anda.

Berbekalkan objektif utama untuk menyediakan ruang dan jalan bagi orang ramai membantu umat Islam lain, fokus ibadah korban melalui Muslim Qurban ini pada negara-negara di mana penduduknya yang beragama Islam hidup serba kekurangan dan amat dhaif di mana mampu mengalirkan air mata jika anda dapat melihatnya sendiri. Antara negara tersebut adalah Bangladesh, Uganda dan juga di Tanah Haram sendiri.

Buat masa ini, ibadah ini akan difokuskan di Bangladesh terlebih dahulu kerana kadar kedaifan yang amat tinggi di sana dan mereka amat memerlukan.

Jika anda berminat untuk menyertai ibadah korban ini, anda hanya perlu hubungi talian di bawah ini dan insyaAllah, staff kami yang telah diamanahkan akan melayani anda sehingga jelas dan sempurna.

017 3282 595

Anda juga boleh SMS atau WhatsApp terus kepada nombor yang sama untuk sebarang pertanyaan lain. Segala borang keperluan akan kami isikan hingga sempurna berdasarkan maklumat yang perlu anda berikan nanti.

Semoga Allah SWT membalas dengan kebaikan pada setiap usaha, keikhlasan dan keinginan di dalam menyempurnakan ibadah Korban ini bagi golongan yang benar-benar memerlukan. Ini juga merupakan salah satu usaha kecil kami sendiri untuk agama. InsyaAllah, semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita semua dan memberi manfaat di lul mahfuz kelak.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas