Umum
Mora Bengang Dengan Sikap Pemain Terengganu
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora terpaksa akur dengan kekalahan pasukannya kepada Terengganu FC (TFC) kelmarin sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah kelab itu sejak 2019.
Menurut laporan Kosmo, jurulatih berusia 41 tahun itu turut menzahirkan rasa tidak berpuas hati dan menempelak sikap pemain terengganu selepas pasukan itu menggunakan pelbagai helah ‘kotor’ untuk menewaskan JDT selain turut menyifatkan bahawa mereka tiada semangat kesukanan.
Setelah memperoleh gol, mereka menggunakan pelbagai helah termasuk taktik membazir masa dan menjatuhkan diri di atas padang. Saya rasa itu arahan diterima pemain lawan setelah mereka sedar tidak mampu mengekang asakan JDT.

Saya tak suka dengan strategi seperti itu, ia merosakkan keindahan perlawanan bola sepak. Mereka tidak menunjukkan semangat kesukanan yang sebenar dan ini boleh fahami apabila mereka tak mampu menyaingi JDT.
Kali terakhir skuad Harimau Selatan itu tewas adalah pada 16 Julai 2019 ketika ditundukkan oleh Petaling Jaya City FC dengan jaringan 0-1 di tempat sendiri dalam saingan Liga Super.
Mora juga mengatakan bahawa taktikal yang ditunjukkan oleh TFC yang mana lebih banyak bertahan menyukarkan JDT untuk mendapatkan jaringan.
Kami kalah kepada pasukan yang bertahan sepanjang perlawanan dengan 11 pemain berada di kawasan mereka sendiri. Ini menyukarkan kami untuk mencipta gerakan.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media