Connect with us

Oh! Media

Model Bakal Dipenjarakan Kerana Terlalu Kurus

Umum

Model Bakal Dipenjarakan Kerana Terlalu Kurus

Tiga negara iaitu Itali, Israel dan Sepanyol telah meluluskan undang-undang yang melarang model berbadan terlalu kurus. Malah, Perancis juga turut berkemungkinan mengikuti jejak tiga negara tersebut.

ADVERTISEMENT

Parlimen Perancis sedang mempertimbangkan rancangan undang-undang kesihatan yang merangkumi larangan bagi pereka dan jenama pakaian menggunakan model yang dianggap ‘terlalu kurus’ menurut standard kesihatan.

Mengikut undang-undang tersebut, setiap model harus mempunyai body mass index (BMI) minimum 18 yang disahkan oleh pihak doktor.

Mereka juga turut diwajibkan menimbang berat badan secara berkala bagi memastikan berat badan mereka selari dengan undang-undang yang ditetapkan. Bagi model yang tidak mendapat berat badan yang ditetapkan, denda sehingga 55 ribu Pound Sterling atau hukuman penjara boleh dikenakan.

OHMEDIA: KESIAN YANG DUK OBSES UNTUK JADI TERLAMPAU KURUS. CANTIK KE?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas