Connect with us

Oh! Media

Miss Universe 2015 Mengakui Dirinya Isteri Penyanyi KPop Terkenal, Siwon

Umum

Miss Universe 2015 Mengakui Dirinya Isteri Penyanyi KPop Terkenal, Siwon

Detik siapakah bakal dinobatkan sebagai Miss Universe adalah acara yang memang dinanti-nanti di seluruh dunia. Bahkan umum tahu, pertandingan ratu cantik 2015 yang berakhir kelmarin dengan satu insiden luar jangkaan telah menjadi bualan hangat seantero.

ADVERTISEMENT

Insiden tersalah umum nama pemenang. Ya, topik itu masih menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.

Nasib ‘naib juara’, Pia Alonzo Wurtzbach, bukan saja berubah saat tiara di atas kepala Miss Columbia beralih ke kepalanya, malahan dia mendapat ribuan peminat baharu dari seluruh dunia.

Bagaimanapun ada seperkara yang lebih hangat mengenai Miss Universe 2015 kelahiran Filipina ini yang barangkali menjadi kejutan terutama dikalangan peminat KPop seglobal.

Tidak cukup dengan ucapan tahniah yang diterimanya menerusi laman sosial, tanpa di sengaja ada antara pengikut Pia telah mengetahui identiti sebenar Pia bahwa ratu cantik itu sebenarnya adalah salah seorang ELF (gelaran bagi peminat tegar kumpulan KPop popular dan berpengaruh, Super Junior) dan anggota yang paling digemarinya ialah Choi Siwon.

Terdahulu, menerusi status tweet di akaun Twitter miliknya, Pia, menulis secara berseloroh menyatakan dirinya sebenarnya bukan sebagai Miss Universe, tetapi Puan Siwon Choi.

Beliau juga pernah menulis tweet impikan Donghae (juga anggota Super Junior) menjadi teman lelakinya. Selain kebanyakan tweet beliau sejak dari 2009 rata-ratanya seolah-olah dikhaskan kepada Super Junior.

Pendedahan tersebut menimbulkan tanda tanya ramai pengguna media sosial, sama ada Pia masih menyukai Siwon sehingga kini. Siwon sekarang sedang menjalani latihan khidmat negara sejak 19 November lalu dan akan menamatkan latihan pada 18 Ogos 2017.

Malah ada dikalangan peminat KPop yang mendakwa tidak hairanlah Pia memilih mengenakan gaun cantik berwarna biru kerana warna biru merupakan warna rasmi bagi kumpulan Super Junior.

Respon Ahli Kumpulan Super Junior, Lee Teuk Tentang Isu Itu 

“Tahniah ^^ #miss #universe saya ada mendengar berita tentang insiden salah umum pemenang. Apapun, tahniah kepada anda, yang juga salah seorang ELF yang meminati Super Junior, terutamanya meminati Siwon. Saya juga mendengar bahawa pakaian anda pakai sebagai simbolik warna rasmi kami. Saya ingin mengatakan, Tahniah sekali lagi!,” tulis LeeTeuk di Instagram miliknya.

OHMEDIA: Minat sangat nampaknya Miss Universe 2015 ni dengan Siwon. 

Food Mega Festival

Oh! Media kenal sangat korang memang suka kalau ada makan-makan ni kan?! Haha! Nah share dengan member-member bagitahu…

Posted by Oh! Media on Wednesday, December 23, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas