Connect with us

Misi Baru Rakyat Malaysia Capai Sifar Jangkitan Tempatan Selama 28 Hari Mendatang

Umum

Misi Baru Rakyat Malaysia Capai Sifar Jangkitan Tempatan Selama 28 Hari Mendatang

Semalam sifar positif Covid-19 bagi kes tempatan dan hanya 1 kes direkodkan. Adakah rakyat Malaysia sudah bebas dari wabak pandemik ini?

Apa yang perlu diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia adalah misi kita sekarang adalah untuk mencapai sifar kes bagi tempoh yang lebih panjang sebelum dilihat betul-betul bebas dari wabak ini.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang meletakkan misi seterusnya adalah untuk mencapai sifar kes bagi tempoh 28 hari ke depan.

Satu permulaan yang baik kerana kita mempunyai sifar jangkitan tempatan. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah mengekalkan keadaan sifar jangkitan ini untuk tempoh 28 hari akan datang. – Katanya.

Jadi, untuk mencapai misi ini ianya terserah kepada kita seluruh rakyat Malaysia dengan terus mengamalkan norma baharu dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan di mana sahaja berada.

Apa yang Ohmedia rasakan, rakyat Malaysia pasti mampu menjayakan misi ini dan selagi kita tidak membuka sempadan untuk negara-negara yang masih terjejas dengan pandemik ini, kita pasti boleh! #KitaJagaKita

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Malaysia di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top