Connect with us

Mira Filzah Teringin Nak Watak Aksi Tapi Bertudung Pula

Umum

Mira Filzah Teringin Nak Watak Aksi Tapi Bertudung Pula

Mira Filzah dah bosan asyik dapat watak sama je, so dia pun teringin nak bawa watak aksi pula tetapi disebabkan dia bertudung, dia membatalkan niatnya sebab tak sesuai pegang watak aksi.

Saya ada juga keinginan untuk memegang watak yang perlu melakukan babak aksi tapi sebab imej saya bertudung bukan semua watak sesuai. Contoh kalau pegang watak sebagai fighter wanita, tak sesuai pula sebab saya bertudung. Jadi saya tetap kena pilih watak mengikut imej. Kalau ikutkan hati memang berminat sangat tapi saya terpaksa meletakkan limitation dari segi pemilihan watak.

Mira mengaku yang peminat asyik tengok dia pegang watak perempuan baik je dari awal lagi dia berlakon. Hmm ya tak ya juga. Nak bagi watak jahat pun macam tak sesuai je, sebab muka Mira macam budak baik. Mira jadi hantu dalam drama Sweet Dreams pun comel je, tak seram langsung hehehe.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Moto Vlog



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top