Connect with us

Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang

Umum

Mira Filzah Kecam Lelaki Tembak Monyet Untuk Baby Sayang

Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki menembak seekor monyet yang terkurung di dalam sangkar menggunakan sepucuk pistol  sekiranya tidak menyebut “baby sayang”, mendapat kecaman dari Mira Filzah sendiri. Mira Filzah menyatakan bahawa perkara ini benda paling bodoh yang beliau pernah tengok. 
Setelah pihak polis serta PERHILITAN dapat laporan mengenainya, lelaki berkenaan kini menjadi buruan. Dua kertas siasatan mengikut Seksyen 29 Akta Senjata Api 1960, penggunaan senjata api pada tempat yang tidak dibenarkan serta Seksyen 428 Kanun Keseksaan, khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan

Dalam masa yang sama, pihak PERHILITAN menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan agar tampil menghubungi mereka dengan kadar segera bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan aduan di laman sesawang rasmi jabatan itu di http://www.wildlife.gov.my  atau menghubungi Ibu Pejabat PERHILITAN di talian 03-90866800.

Oh!Media: Nasihat kami, nak famous boleh, tapi bukan dengan mencederakan binatang. Banyak lagi cara kalau nak famous cepat. Contohnya macam sertai rancangan realiti tv.

Sumber: Berita Harian

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top