Connect with us

Oh! Media

‘Mily’ Nama Puteri Juliana Evans

Umum

‘Mily’ Nama Puteri Juliana Evans

Tahniah sis ucapkan kepada Juliana Evans dan suami! Tak sangka Juliana dah ada anak, dulu sis selalu tengok dia berlakon dalam tv. Kalau korang nak tahu, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah adalah nama puteri sulung diaorang ni dan Juliana selamat melahirkan cahaya matanya pada pukul 9.39 malam tadi.

ADVERTISEMENT

Sis tahu nama anak perempuan diaorang daripada perkongsian abang iparnya, Tengku Salehuddin Ismail Shah di laman Instagram, @tengkubib kira-kira dua hari yang lalu. Malah sis juga tahu yang Juliana sudah melahirkan anaknya melalui Instastory yang dia upload tau.


“Alhamdulillah, saya kini sudah bergelar seorang ibu,” kongsi Juliana secara ringkas. Selain itu, foto yang dikongsi itu juga merakamkan wajah Juliana sedang tersenyum sambil memandang anak kesayangannya, yang dipanggil ‘Mily’ yang sedang tidur.

Sebelum ni, diaorang lebih suka tak nak tahu jantina anak malah nak jadikan sebagai kejutan nanti. Namun, Juliana pernah bagitahu yang dia teringin sangat nak ada anak perempuan. Akhirnya, impian dia tercapai juga. Dia ni dah berkahwin dengan seorang jejaka yang bernama Tengku Shariffuddin Shah pada bulan April dua tahun lepas.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas