Connect with us

Oh! Media

MH17 Sah Ditembak Peluru Berpandu Namun Dalang Masih Belum Didedahkan

Umum

MH17 Sah Ditembak Peluru Berpandu Namun Dalang Masih Belum Didedahkan

THE HAGUE: Penyiasat antarabangsa telah membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia yang dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, lapor sebuah akhbar Belanda hari ini.

Laporan akhir tragedi tersebut akan diumumkan secara rasmi pada 1115 GMT bersamaan 7.15 malam Selasa waktu Malaysia di sebuah pangkalan tentera Belanda.

Ia sekaligus menamatkan spekulasi selama 15 bulan tentang bagaimana pesawat Boeing 777 itu berkecai di udara, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Memetik tiga sumber yang rapat dengan penyiasatan itu, akhbar harian Volkskrant melaporkan siasatan itu mendapati pesawat terbabit telah ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat-udara BUK pada 17 Julai 2014 ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan itu mengandungi peta lokasi terhempas, di mana bangkai pesawat itu bertaburan di kawasan padang berhampiran dengan perkampungan Grabove di Donetsk, Ukraine yang dikawal puak pemisah pro-Russia.

Ia turut menolak pendirian Moscow bahawa pesawat berkenaan ditembak oleh tentera Ukraine ketika pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 33,000 kaki di ruang udara wilayah itu, menurut Volskrant.

Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan pasukan antarabangsa, menegaskan bahawa mandatnya bukan untuk menentukan pihak mana yang menembak pesawat tersebut, ketika siasatan berasingan dijalankan oleh pihak pendakwa raya Belanda.
Namum dua sumber memberitahu Volkskrant bahawa “peluru berpandu BUK adalah buatan Rusia.”

“Boleh dianggap bahawa pemberontak tidak akan mampu untuk mengendalikan peralatan tersebut. Saya mengesyaki penglibatan bekas pegawai tentera Rusia,” kata seorang kepada akhbar itu.

Sumber : Astro Awani

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top