Connect with us

Oh! Media

‘Menyesal Pulak Aku Ceraikan Dia Dahulu’

Umum

‘Menyesal Pulak Aku Ceraikan Dia Dahulu’

Sekadar gambar hiasan  |  Google

“Dengar cerita, kau nak kahwin. Betul ke?” soal seorang lelaki 40-an kepada pemuda itu.

ADVERTISEMENT

“A-ah, bang. Tengah adjust. Tak dapat lagi.”

“Aku nak nasihat kau beberapa perkara. Kau ingat apa yang aku nak cakap ni.”
 
“Okay. Jap. Nak tulis.”

“Waktu kau tengah single ni, kau rasa… takda perempuan nak kat kau. Yang kau nak, semuanya dah berpunya.”

“A-ah. Betul, bang. Semua dah kena kebas lebih awal. Yang single pulak, asyik nak rejek saya je. Huhu.”

“Tapi, apabila kau dah kahwin nanti, kau akan dapat lihat, rupa-rupanya ramai lagi perempuan yang masih available. Dan kau akan fikir, ‘Kenapalah kita tak jumpa lebih awal?’ Itu semua ujian dalam rumahtangga. Kau akan lihat ramai gadis putih melepak. Ramai janda cun melecun. Dan kau akan nampak isteri kau selekeh kat rumah.”

“Err… kenapa jadi camtu, bang?”

“Sebab gadis-gadis dan janda-janda tu, mereka kuat bersolek. Mereka sanggup habiskan duit supaya nampak cantik. Isteri kat rumah pulak, macam-macam kerja dia buat. Dia basuh boxer kau… dia cuci lantai, memasak, siram pokok bunga, basuh berak anak… mana tak datang selekehnya? Dan kau pulak kedekut nak belikan alat solek untuk dia. Padahal sebelum isteri kau kahwin dengan kau, dia tu ratu kebaya kat kampung.”

“Jadi, apa yang perlu saya buat, bang? Supaya saya mampu hadapi ujian-ujian ini?”

“TUNDUKKAN PANDANGAN. Segalanya bermula dari mata. Dari mata, turun ke nafsu. Kalau kau boleh kawal mata kau, nafsu kau, insyaAllah, rumahtangga kau akan selamat.”

“Terima kasih bang.”

“Aku cakap kat kau ni, bukan apa. Aku taknak apa yang dah berlaku kat aku, terjadi kat kau.”

“Apa yang dah berlaku kat abang?”

“Dulu aku berkahwin dengan seorang wanita yang cantik. Semua lelaki tergila-gilakan dia. Tapi, aku win. Aku yang dapat kahwin dengan dia. Selepas dapat anak, aku nampak dia makin selekeh. Macam aku cakap tadi. Sebab dia buat macam-macam kerja. Kat luar pulak, aku berkenalan dengan ramai perempuan cantik. Akhirnya … “

“Akhirnya apa, bang?”

“Akhirnya aku ceraikan isteri aku dan kahwin dengan perempuan cantik tu. Selepas dapat anak dengan isteri baru ni, aku lihat dia makin selekeh. Tak macam mula-mula kahwin. Tak macam gambar dia kat Instagram.”

“Camana dengan bekas isteri abang?”

“Selepas isteri aku jadi janda, dia kembali bersolek sakan. Banyak kali aku terjumpa dia. Lawa bukan main. Nyesal pulak aku ceraikan dia dahulu.”

“Kenapa abang tak rujuk balik dengan dia?”

“Dia dah kahwin lain. Laki dia yang baru pandai jaga dia. Setiap tiga bulan bawa keluar masturat. Setiap minggu bawa pergi taklim. Rumah mereka hidup dengan amalan yang soleh.”

Kredit: Naurah Islamiah

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas