Connect with us

Oh! Media

Menu Malaysian Rendang Diletakkan di Stadium Tottenham Hotspur – Buatkan Indonesia Tidak Senang?

Umum

Menu Malaysian Rendang Diletakkan di Stadium Tottenham Hotspur – Buatkan Indonesia Tidak Senang?

Nampaknya isu claim di antara Malaysia dan Indonesia kembali panas apabila sebuah stadium milik Tottenham Hotspur yang baru sahaja siap dibina di London telah menyediakan satu menu khas iaitu Malaysian Chicken Curry dan Malaysian Rendang.

ADVERTISEMENT

Stadium yang kini merupakan yang terbesar di Liga Perdana Inggeris ini telah menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia dan warga Indonesia apabila menu Malaysian Chicken Curry dan Malaysian Rendang disediakan.


Warga Indonesia kebanyakan mempersoalkan akan penggunaan nama Malaysian Rendang dan mengatakan bahawa ia merupakan makanan tradisi asal mereka. Seperti biasa claim dari Indonesia pastinya akan muncul jika ia dikatakan milik Malaysia.

Namun, jika ia dilihat dengan teliti, menu terbabit menggunakan nama ‘Malaysian’ dan bukan ‘Malaysia’. Jadi ini menunjukkan bahawa ia bukanlah ingin menunjukkan kita ingin claim ia milik Malaysia, tetapi pihak yang terlibat hanya menggunakan resepi dan cara masakan orang Malaysia atau Malaysian sebagai tarikan terbaru di stadium terbabit.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas