Connect with us

Oh! Media

Mengambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing

Ohmedia kucing minum airpng

Umum

Mengambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing

SOALAN 

Boleh dikatakan ramai di antara kita yang gemar membela kucing di rumah termasuk Ohmedia sendiri. Kadangkala kucing tersebut suka minum air dari besen yang merupakan tempat kita mengambil wuduk. Jadi, adakah kita boleh mengambil wuduk menggunakan air di besen tersebut?

JAWAPAN 

Haiwan yang najis ketika hidup ialah anjing dan babi sementara haiwan selain keduanya ini adalah suci ketika hidupnya termasuk kucing.

Oleh itu jika haiwan selain anjing dan babi meminum air yang ada pada suatu bekas maka air sisa minumnya dalam bekas tersebut tetap suci.

IKLAN

Begitulah juga dengan kucing.

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Qatadah r.a.
Rasulullah saw bersabda :

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ


Artinya : “Sungguhnya kucing itu bukanlah haiwan najis. Hanya sungguhnya kucing ini haiwan yang berkeliling atas kamu sentiasa ada dalam rumah manusia.” (Hadith Abu Daud & An-Nasaai)

Dan diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata :


قَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا


Artinya : “Pernah aku Nampak Rasulullah saw mengambil wuduk dengan air sisa minum kucing.” (Hadith Abu Daud)

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca mengambil wuduk dengan air sisa minuman kucing di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas