Connect with us

Oh! Media

Menangis Ketika Membaca Al-Quran

gttjpg

Umum

Menangis Ketika Membaca Al-Quran

SOALAN:
Apakah disunatkan menangis ketika kita membaca Al-Quran?

JAWAPAN:
Diriwayatkan dari Saad bin Abi Waqas sabda Nabi saw:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ، فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا
“Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan. Maka apabila kamu sekalian membacanya maka menangislah. Maka jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis.” [Riwayat Ibnu Majah]

IKLAN

Berkata Imam Nawawi:

البكاء في حال القراءة، وهو صفة العارفين، وشعار عباد الله الصالحين
“Bermula menangis ketika membaca al-Quran itu ialah sifat orang yang Arifin dan syiar segala hamba Allah yang solihin.” (Kitab At-Tibyan)

Berkata Imam al-Ghazali:

البكاء مستحب مع القراءة
“Menangis itu disunatkan ketika membaca al-Quran.” (Kitab Ihya’ Ulumuddin)

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a bahawasanya beliau solat subuh dan membaca surah Yusuf lalu menangis hingga mengalir air matanya pada dadanya.

Ketika tiba penduduk Yaman ke tempat Abu Bakar As-Siddiq r.a lalu mereka membaca akan al-Quran dan menangis mereka itu, maka kata Abu Bakar: “Beginilah kami dahulu.”

Dan diriwayatkan daripada Hisham kata beliau:

ربما سمعت بكاء محمد بن سيرين في الليل وهو في الصلاة
“Pernah aku mendengar tangisan Muhammad bin Sirrin pada waktu malam ketika beliau di dalam solat.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas