Connect with us

Oh! Media

Menang 4-0 Ke Atas Timor Leste, Peluang Malaysia Kembali Terbuka

Mas2bvs2btimorpng

Umum

Menang 4-0 Ke Atas Timor Leste, Peluang Malaysia Kembali Terbuka

Sumber Gambar : Football Associtaion Of Malaysia (Official)

Skuad bawah 22 Tahun (B-22) negara berjaya menewaskan pasukan Timor Leste 4-0 untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir Sukan Sea 2019. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal semalam merupakan perlawanan ketiga Malaysia dalam peringkat kumpulan.

Malaysia bermula garang untuk mendahului pada minit kelima menerusi jaringan sendiri pasukan Timor Leste. Seterusnya Malaysia berjaya menguasai 60 peratus aksi perlawanan dan hasilnya penyerang Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh meledak 2 gol pada minit ke 34 dan minit ke 44 untuk memastikan pasukan Malaysia selesa di hadapan sehingga tamat separuh masa pertama.


IKLAN

Pada separuh masa kedua, Timor Leste mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol akibat kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Malaysia namun peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh pemain mereka.

Malaysia berjaya menjaringkan gol keempat menerusi pemain gantian Akhyar Rashid hasil lorongan cantik dari kogileswaran pada minit ke 81 untuk memastikan kemenangan besar pasukan negara serta berjaya mengutip 3 mata penuh. Malaysia kini berada di kedudukan ketiga kumpulan dan berkongsi mata bersama Kemboja dan Filipina. Malaysia wajib menang perlawanan terakhir kumpulan jika ingin layak ke separuh akhir.

Sumber Gambar : Football Associtaion Of Malaysia (Official)

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas