Connect with us

Oh! Media

Memberi Hutang Lebih Afdhal Dari Bersedekah

ohmedia memberi sedekahjpg

Umum

Memberi Hutang Lebih Afdhal Dari Bersedekah

SOALAN 

Ohmedia pasti ramai di antara kita yang rajin bersedekah di masjid dan surau. Selain itu, ramai juga yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Walaubagaimanapun, timbul satu persoalan yang mengatakan memberi orang hutang lebih afdhal dari kita bersedekah. Benarkah?

JAWAPAN 

Memang benar memberi hutang lebih afdhal dari memberi sedekah.

Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda :

IKLAN

دَخَلْتُ الْجَنَّةَ، فَرَأَيْتُ عَلَى بَابِهَا الصَّدَقَةَ بِعَشْرٍ وَالْقَرْضَ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ، فَقُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ، كَيْفَ صَارَتِ الصَّدَقَةُ بِعَشْرٍ وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ؟ قَالَ: لأَنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الْغَنِيِّ وَالْفَقِيرِ، وَالْقَرْضُ لا يَقَعُ إِلا فِي يَدِ مَنْ يَحْتَاجُ إِلَيْهِ


Artinya : “Aku telah melihat tertulis pada pintu syurga memberi sedekah itu sepuluh ganda pahala dan memberi hutang pula lapan belas ganda pahala. Maka aku bertnya : Wahai Jibril! Bagaimanakah jadi sedekah itu sepuluh ganda pahala dan memberi hutang itu lapan belas ganda pahala?
Berkata Jibril : Kerana sungguhnya sedekah itu dapat kepada yang memerlukan dan yang tidak memerlukan manakala hutang itu tiada ada ia melainkan untuk orang yang sangat memerlukan.” (Hadith Riwayat Abu Daud & Al-Baihaqi)

Dan pada riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda :

لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إِلَّا مِنْ حَاجَةٍ


Artinya : “Dari kerana sungguhnya orang yang meminta sedekah itu masih ada lagi harta manakala orang yang berhutang itu sudah tidak mempunya apa-apa.”

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon  pembaca memberi hutang lebih afdhal dari bersedekah di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas