Connect with us

Oh! Media

MBSA Dakwa Asri Janggut Berdegil & Tolak Tawaran Tapak Niaga Yang Diberi

ohmedia mbsa asri janggutpng

Umum

MBSA Dakwa Asri Janggut Berdegil & Tolak Tawaran Tapak Niaga Yang Diberi

Lagi berkaitan isu Asri Janggut dan kali ini kenyataan datang dari pihak MBSA pula yang mendakwa pernah menawarkan tapak meniaga yang sah kepada Hot Burger Malaysia, tetapi ditolak.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan yang berkata MBSA menawarkan tapak meniaga di Jalan 1A/3 di Bandar Baru Sungai Buloh kepada Asri.

Untuk makluman, tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu-lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga itu agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan, namun teguran tidak diendahkan. – Jelasnya.

Jadi apa pula yang terjadi selepas ini? Apa-apapun diharapkan isu ini dapat ditamatkan dengan penyelesaian yang terbaik.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu Asri Janggut di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas