Connect with us

Oh! Media

MBI Jelaskan Pavithra Terima Anugerah Kerana Dia Ikon Hanya Untuk Anak Kelahiran Ipoh

Ohmedia penjelasan isu pavithrajpg

Umum

MBI Jelaskan Pavithra Terima Anugerah Kerana Dia Ikon Hanya Untuk Anak Kelahiran Ipoh

Semalam kita dikejutkan dengan penahan reman 3 hari seorang suami kepada Youtuber masakan terkenal apabila dikatakan telah memukul isterinya dan dilihat membawa sabit masuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam keadaan mabuk.

Sumber juga mengatakan bahawa punca kejadian ini berlaku adalah kerana suami tidak berpuas hati namanya tidak disebut sewaktu menerima anugerah ikon di Ipoh baru-baru ini.

Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azmi menjelaskan bahawa Pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh kepada Youtuber masakanm S Pavithra adalah atas kapasiti beliau sebagai anak kelahiran Ipoh dan ia tidak diberikan kepada suami wanita terbabit kerana dia adalah anak jati Sungai Siput.

IKLAN

MBI memberi pengiktirafan ini hanya kepada Pavithra seorang kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya dari Sungai Siput. Ia sebagai satu bentuk penghargaan atas usaha dan pencapaiannya sebagai anak kelahiran Ipoh membina kerjaya menerusi bakat dimiliki. – Katanya.

Nampaknya benarlah isu ini melibatkan Sugu dan Pavithra. Ya Ohmedia tahu yang ramai yang sudah menjangkakan perkara ini, tetapi kita perlu menghormati apa yang berlaku kepada keluarga mereka. Harap dapat diselesaikan dengan baik.

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas