Connect with us

Oh! Media

Mayat Lelaki Ditemui Dalam But Kereta BMW Yang Dibuang Ke Dalam Lombong

Umum

Mayat Lelaki Ditemui Dalam But Kereta BMW Yang Dibuang Ke Dalam Lombong

 

SEPANG: Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di dalam but kereta BMW yang tenggelam disebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya dekat, Ahad.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung penemuan sebuah kenderaan di dalam tasik bekas lombong itu pada pukul 2.07 petang ini.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, katanya identiti mayat masih belum disahkan kerana polis belum menjumpai apa-apa dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Balai Bomba Cyberjaya telah dimaklumkan untuk menarik kenderaan itu dan selepas kereta itu ditarik ke darat pada 4.40 petang, pemeriksaan mendapati satu mayat di dalam but kereta BMW itu.

“Dipercayai lelaki itu dibunuh dan mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta sebelum ditenggelamkan di tasik terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal mendapati kereta itu sebelum dimiliki oleh seorang lelaki lain, sebelum dijual kepada syarikat menjual kenderaan terpakai, katanya, sambil mengesahkan tiada laporan berhubung kehilangan kenderaan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Komisoner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat berhubung penemuan mayat tersebut.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas