Connect with us

Oh! Media

(Video) Mati Itu Benar! Syurga Neraka Itu Benar! – KP Johor Datuk Ayob Baca Talkin Ingatkan Anggotanya

ohmedia baca talkin ingatkan anggotanyapng

Umum

(Video) Mati Itu Benar! Syurga Neraka Itu Benar! – KP Johor Datuk Ayob Baca Talkin Ingatkan Anggotanya

Nampaknya nama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini cukup lantang membenteras kegiatan penyeludupan PATI.

Terbaru, tersebar satu video yang menunjukkan Datuk Ayob membacakan talkin kepada pegawai-pegawainya sebagai peringatan.

Video ini dipercayai dirakam semasa perhimpunan bulanan PDRM Kontinjen Johor Julai ini yang turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak sekali-kali berkomplot dengan penjenayah dan perlu menjauhi rasuah.

IKLAN

Bagi pegawai dan anggota polis Johor yang beragama Islam, saya ingin mengingatkan, mati adalah benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar, bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar.

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira amalan kita adalah benar. Minum di kolam air Nabi Muhammad adalah benar. Syurga dan neraka adalah benar.

Jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan-tuan ingin mengambil rasuah atau bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot. – Tegas beliau.



+ Baca respon pembaca yang terkesan dengan ingatan KP Johor di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas