Connect with us

Oh! Media

Mat Redho Ungguli Ninja Challenge League 2018 di Perth Australia

45485668 717155385307455 2857910915666280448 njpg

Umum

Mat Redho Ungguli Ninja Challenge League 2018 di Perth Australia

Nama Mat Redho yang sering didengari terlibat dengan sukan lasak, sekali lagi telah membanggakan rakyat Malaysia dan Asia keseluruhannya.

Nama sebenarnya Redha Rozlan, 30 merupakan peserta tegar Ninja Worrior telah memenangi tempat pertama dalam Ninja Challenge League 2018 yang diadakan di Perth, Australia.

“Tak pernah aku lupa bawa jalur Gemilang ini kemana-mana… walau pun kecil tapi berat beban nak galas… Alhamdulillah podium,” tulisnya di IG miliknya.

IKLAN

“Alhamdulillah, setakat ini sahaja yang saya mampu. Terima kasih pada isteri yang selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara… macam biasa… kalau nak ke pertandingan luar pasti pecah tabung punya… dalam masa sama tak pernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja,” tulisnya lagi.

Mat Redho berjaya mengatasi Jake Murray dan Cameron D Silda yanng masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Sebelum ini, dia juga pernah menyertai American Ninja Warrior Musim ke 9 dalam kumpulan Asia, Sasuke Asean Cup 2014 dan Sasuke Vietnam 2016, 2017 dan 2018.

Dan Mat Redho juga pernah menjadi Juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua berpasangan dengan pelakon Erin Malek pada 2014.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas