Connect with us

Oh! Media

Masuk Tandas Mengenakan Kopiah Tertulis Nama Yang Mulia

Umum

Masuk Tandas Mengenakan Kopiah Tertulis Nama Yang Mulia

SOALAN:
Apakah dibolehkan masuk ke dalam tandas memakai kopiah yang ada bertulis nama Nabi?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Di antara adab memasuki tandas ialah tidak masuk ke dalamnya dengan memakai suatu yang bertulis nama-nama yang dimuliakan seperti nama-nama Allah dan nama-nama Nabi dan nama para Malaikat samada pada songkok atau kopiah atau serban atau pakaian atau lainnya.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ألا يحمل مكتوباً ذكر اسم الله عليه، أو كل اسم معظم كالملائكة، والعزيز والكريم ومحمد وأحمد، لما روى أنس «أن النبي صلّى الله عليه وسلم كان إذا دخل الخلاء وضع خاتمه (1)» وكان فيه: محمد رسول الله. فإن احتفظ به، واحترز عليه من السقوط فلا بأس.
“Dan hendaklah orang yang masuk ke dalam tandas itu tidak membawa suatu yang tertulis nama Allah atasnya atau sekalian nama yang dimuliakan seperti para Malaikat dan nama Al-‘Aziz dan Al-Karim dan Muhammad dan Ahmad kerana hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a: “Sesungguhnya Nabi saw apabila masuk dia akan tandas, ditanggalkan akan cincinnya. Dan adalah tertulis pada cincinnya Muhammad Rasul Allah. Maka jika hendak memeliharanya dari terjatuh maka tidak ada kesalahan.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islamy jilid 1 m.s. 355)

Maksud larangan mengikut jumhur ulama’ dalam bab ini ialah larangan makruh.

Oleh itu hendaklah tidak memakai kopiah yang bertulis nama Nabi sebagaimana disebut dalam soalan. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas