Connect with us

Oh! Media

Masak Semua Daging Korban Buat Kenduri

Umum

Masak Semua Daging Korban Buat Kenduri

Soalan:
Apakah sah korban jika tuan korban memasak semua daging korbannya dan diajak orang datang memakannya atau dimasak semua daging korbannya untuk kenduri pernikahan anaknya?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Tujuan ibadah korban ialah bersedekah dagingnya kepada orang miskin. Lebih banyak daging yang disedekahkannya maka lebih banyak ganjaran pahala yang diperolehi.

Oleh itu tidak sah korban seorang yang tidak bersedekah dagingnya kepada orang miskin sama ada dimakan semuanya oleh tuan korban atau dimasak semua daging dan diberi makan kepada orang ramai.

Wajib hukumnya disedekahkan sebahagian dari daging korbannya yang tidak dimasak kepada fakir miskin.

Berkata Syeikh Kahtib Syarbini:

وَالْأَصَحُّ وُجُوبُ التَّصَدُّقِ بِبَعْضِهَا وَلَوْ جُزْءًا يَسِيرًا مِنْ لَحْمِهَا بِحَيْثُ يَنْطَلِقُ عَلَيْهِ الِاسْمُ عَلَى الْفُقَرَاءِ، وَلَوْ وَاحِدًا
“Dan yang paling sahih ialah wajib bersedekah akan sebahagian daging korbannya walaupun bahagian yang sedikit dari dagingnya dengan sekira-kira dinamakan sedekah kepada fakir miskin sekalipun seorang.” (Kitab Mughni Muhtaj)

Dan tersebut dalam kitab Sirajul Wahhab:

وَالأَصَح وجوب التَّصَدُّق بِبَعْضِهَا وَلَو جُزْءا يَسِيرا من لَحمهَا
“Dan yang paling sahih ialah wajib menyedekahkan sebahagian daging korban itu walaupun sedikit dari dagingnya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas