Connect with us

Manusia Yang Diharamkan Ke Api Neraka

Umum

Manusia Yang Diharamkan Ke Api Neraka

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. dari Rasulullah saw bersabda :


ألا أُخبرِكُم بمن يُحَرَّمُ على النارِ ، وبمنْ تُحرَّمُ النارُ عليهِ : على كلِّ هيِّنٍ لَيِّنٍ قريبٍ سهلٍ


Artinya : “Adakah kamu sekelian mahu aku beritahu dengan seorang yang haram ia atas api neraka dan haram api neraka atasnya yaitu haram neraka atas setiap orang yang hayyin dan layyin dan qarib dan sahl.” (Hadith Tirmizi dan Ibnu Hibban dan At-Tabarani)

Maksudnya

الهين هنا فمعناه أنه ليس بصعبر

Al-Hayyin itu ialah orang yang tidak keras bila berurusan dengan manusia.

اللَيِّنٍ هو السَّكينة

Al-Layyin artinya orang yang tenang tidak cepat marah atau mengamuk bila berhadapan dengan manusia.

القريب أي من النَّاس بحسن ملاطفته لهم

Al-Qarib artinya mudah mendekati manusia dengan elok pergaulan.

السهلٍ يقضي حوائجهم ويسهل أمورهم

As-Sahlu artinya orang yang mudah menunaikan hajat manusia dan mudah dalam berurusan dengan manusia.

Diambil dari Kitab Mirqat Al-Mafatih & Syarah Targib Wa Tarhib Al-Munzhiri.

Kesimpulannya syurga itu Allah janjikan bagi orang yang baik akhlaknya kerana itu disebut pada hadith ini orang-orang yang baik akhlaknya tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.

Berkata Imam Al-Mawardi 

بيَّن بهذا الحديث أن حُسن الخلق يدخل صاحبَه الجنة ويُحرمه على النار

Artinya : “Telah terang dengan hadith ini sungguhnya elok perangai itu memasukkan tuannya akan syurga dan mengharamkannya atas api neraka.”

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca manusia yang diharamkan ke api neraka di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top