Connect with us

Oh! Media

‘Manusia Kalkulator’ Yaashwin Cipta Nama di Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019

Umum

‘Manusia Kalkulator’ Yaashwin Cipta Nama di Tempat Kedua Asia’s Got Talent 2019

Malam tadi, telah diumumkan pemenang bagi program realiti Asia’s Got Talent dan wakil Malaysia Yaashwin Sarawanan yang digelar ‘Manusia Kalkulator’ berjaya menduduki tempat kedua sekaligus mengharumkan nama Malaysia.

ADVERTISEMENT

Yaashwin yang kini baru sahaja berusia 15 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Bandar Tun Hussein Onn itu merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya dalam rancangan ini.


Juara AGT untuk musim kali ini menjadi milik ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien yang berjaya memukau penonton dengan muslihatnya.

Satu lagi penyertaan Malaysia ke peringkat akhir iaitu kumpulan Nama, kandas dalam kelompok awal finalis bersembilan.

Semua pemenang bagaimanapun ditentukan oleh undian sepenuhnya oleh penonton sepanjang seminggu dari pentas akhir bermula sehinggalah pengumuman pemenang malam tadi.

Saksikan persembahan Yaashwin di pentas akhir:

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas