Connect with us

Oh! Media

Mangsa Panahan Petir Disahkan Telah Meninggal Dunia

image2b2528132529jpg

Umum

Mangsa Panahan Petir Disahkan Telah Meninggal Dunia

Seorang mangsa yang dipanah petir yang sebelum ini kami kongsikan telah disahkan meninggal dunia. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan sebentar tadi, mangsa yang berusia 41 tahun dan berasal dari Sabah itu meninggal dunia pada jam 11.02 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM).

Dukacita dimaklumkan yang salah seorang mangsa yang terlibat iaitu saudara Faizal bin Alli (41) dari Sabah telah disahkan meninggal dunia.

“Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) sejak petang 13 Oktober 2018 (Sabtu), menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.02 pagi, 18 Oktober 2018.

IKLAN

“Pihak KBS akan mengambil tindakan selanjutnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah. Salam takziah diucapkan dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulis kenyataan itu.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu peserta futsal masih beraksi di atas padang walaupun dalam keadaan hujan lebat dan petir.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas