Connect with us

Oh! Media

Manchester United Berjaya Ulangi Kekalahan, Kembali Ke Gua Dengan Hati Yang Pasrah

Umum

Manchester United Berjaya Ulangi Kekalahan, Kembali Ke Gua Dengan Hati Yang Pasrah

ADVERTISEMENT

Hasrat Manchester United untuk menang di perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao tidak kesampaian apabila tewas 3-1 di tangan musuh tradisi Manchester City. Beraksi di laman sendiri tidak memberi kelebihan buat MU apabila City lebih mendominasi dari mula perlawanan.


Bernardo Silva berjaya menjaringkan gol pertama City pada minit ke-17 hasil rembatan padu dari luar kotak penalti. Tidak cukup dengan itu, Riyad Mahrez pula menjaringkan gol kedua City selepas berjaya mengelecek De Gea dan membuat tolakan mudah ke gawang MU. Nampaknya 2 kali De Gea terciduk gais.


Anak-anak buah Ole Gunner Solskjaer sekali lagi dikecewakan apabila City berjaya mendapat gol ketiga hasil jaringan sendiri pemain MU, Andreas Pereira. Walaubagaimanapun MU berjaya mendapat gol saguhati menerusi Marcus Rashford pada minit ke-70. Manchester United perlu menang dengan kelebihan 3 jaringan pada aksi Separuh Akhir kedua di Etihad selepas ini untuk mencerahkan peluang ke final.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas