Connect with us

Oh! Media

Manchester City Kekalkan Kejuaraan, Leburkan Impian Liverpool

Umum

Manchester City Kekalkan Kejuaraan, Leburkan Impian Liverpool

Malam semalam telah berlangsung perlawanan terakhir bagi saingan Liga Perdana Inggeris bagi semua pasukan dimana menyaksikan Manchester City telah dinobatkan sebagai juara bagi musim ini setelah melengkapkan kemenangan bergaya membenam Brighton & Hove Albion dengan jaringan 4-0 di Stadium American Express Community. Ini merupakan kali ke-4 City bergelar juara Liga Perdana Inggeris, dimana dua diantaranya dibawah kendalian Pep Guardiola.
Sementara itu, Liverpool berjaya  memperoleh tiga mata berharga setelah mengalahkan Wolve dengan jaringan 2-0. Meskipun beroleh kemenangan, Liverpool tidak dapat memintas Manchester City yang mempunyai kelebihan satu mata dihadapan setelah berjaya membenam Brighton. Kelebihan mata yang dimiliki oleh City telah meleburkan impian Liverpool untuk menamatkan penantian selama 29 tahun tanpa trofi Liga Perdana Inggeris.
Jiran terdekat Manchester City, United Manchester sekadar menamatkan saingan liga di tempat ke-6 setelah kalah dengan kelab bawahan yang telah tersingkir ke divisyen 2, Cardiff City dengan jaringan 2-0 perlawanan terakhir semalam. Walaubagaimanapun, United masih mampu menarik nafas lega kerana layak ke Liga Eropah.

ADVERTISEMENT

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas