Connect with us

Mamat Lupa Diri Selepas Menang Gegar Vaganza?

Umum

Mamat Lupa Diri Selepas Menang Gegar Vaganza?

Penyanyi Mamat yang popular dengan lagu “Untukmu Ibu” suatu ketika dulu pernah hilang dalam industri seni tanah air. Namun, bintangnya menyinar kembali selepas menyertai pertandingan Gegar Vaganza malah berjaya memenangi tempat ketiga.

Walaubagaimanapun, kini timbul cerita yang tidak enak tentang penyanyi itu. Dimaklumkan Mamat kini bertindak menghilangkan diri selepas mengambil wang bayaran beberapa persembahan yang sepatutnya dia jalankan.

Insan yang bertanggungjawab menaikkan nama Mamat kembali selepas pelbagai kontroversi yang melandanya dulu adalah komposer dan merangkap pengurus artis iaitu Mie Kuarters. Berikut merupakan penjelasan Mie tentang isu Mamat;

“Duit membuatkannya gelap mata, malah beberapa tawaran persembahan yang sudah diterima terpaksa dibatalkan kerana Mamat tidak dapat dihubungi. Jangan terlalu hidup dibayangi populariti kerana tidak selama-lamanya kita akan berada di atas. Mamat sepatutnya belajar daripada kesilapannya dan tidak mengulangi apa yang pernah dilaluinya.

“Sepanjang setahun, sebelum muncul tempat ketiga Gegar Vaganza, Mamat menunjukkan displin yang baik. Namun semua berubah apabila wang berada dalam genggamannya. Saya marah kerana tindakan tidak matang Mamat membuatkan beberapa perancangan terganggu.

“Saya memberinya bunga, tetapai Mamat meninggalkan ‘tahi’ yang membuatkan saya begitu kecewa.

OHMEDIA: Agak kesal dengan tindakan yang tidak menghargai peluang kedua yang ada untuk hidup yang lebih baik. 

—————————————————————–
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top