Connect with us

Oh! Media

Mamat Exists Menyesal Dan Mohon Maaf

Umum

Mamat Exists Menyesal Dan Mohon Maaf

Sebelum ini tersebar berita penangkapan bekas vokalis Exists iaitu Mamat Exists berhubung kes dadah. Mamat atau Mohd Ali Kamaruddin bukanlah kali pertama ditangkap kerana dadah dan hari ini Mamat tampil memohon maaf kepada semua pihak.

ADVERTISEMENT

Akui kesal dengan apa yang berlaku, berjanji sekali lagi untuk tidak akan mengulangi kesilapan itu dan akan memastikan konsert Exist Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam nanti berjalan lancar.

Saya memohon maaf kepada peminat dan pihak media yang sudah menguar-uarkan konsert ini. Apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar jangkaan saya. Jujurnya, saya sendiri terkejut dan rasa bersalah kerana mengecewakan semua pihak dengan insiden penangkapan itu. Cuma, saya tidak boleh menjelaskan secara terperinci kejadian yang berlaku kerana ia masih dalam siasatan polis. Sekarang, saya hanya mahu memandang ke hadapan dan menumpukan perhatian pada persiapan konsert ini, katanya.

Harap Mamat betul-betul menyesal kali ini dan Mamat juga ada katakan yang dia akan memasuki pusat pemulihan bagi merawat ketagihannya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas