Connect with us

Oh! Media

‘Kami Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang. Tak Pernah Dia Biarkan Mak Aku Keluar Berkerja’

Umum

‘Kami Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang. Tak Pernah Dia Biarkan Mak Aku Keluar Berkerja’

Perkongsian yang kami terima;

ADVERTISEMENT

Hai admin oh media..cme nk minta pihak admin sharing penulisan seorg hamba allah nih tntg lelaki yg dah ada anak isteri yg x bkeja.senang kata malas lh.selalu follow komen2 dia dlm mana2 page..sangat bernas..x sebut soal politik..tapi lebih kpd apa yg trjdk dpn mata..sy dah minta izin utk share tp dia x nak sy kreditkan atas nama fb dia..

org nya simple tapi segala komen dia semua nya bernas.cuma bercakap tntg apa yg brlaku dekat sekeliling shj.harap pihak admin pertimbang kan. Mohon admin baca dan Nilaikan sendiri.

“Bila aku tengok and baca lelaki bujang yg dah cukup umur tapi tak bekerja..yg dah berkeluarga jugak tak bekerja,aku cuma nak cakap shame on you guys.. sebab kau biarkan isteri kau yg bekerja utk sara kau dan anak2..bayar segala bagai bills and rumah sewa..

Mana maruah kau sebagai lelaki?

18 tahun dulu,waktu ekonomi negara down,arwah ayah aku adalah salah seorang dari beribu org yg di buang kerja..yes di buang kerja..dan peluang kerja masa tuh sangat2 terhad..agains, sangat2 terhad..yg terbela hanya lah penjawat awam..

Even time tuh kami ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang..tak pernah dia biarkan mak aku keluar bekerja..tak pernah..

Siang dia kerja pembantu tukang masak kantin asrama.. dekat sekolah agama persekutuan batu 10 cheras.. sebelah malam nya dia kerja tukang cuci pinggan/pelayan/tukang lap meja dekat kedai mamak..yess kedai mamak..(lap air mata..sebak) sebab tuh aku tak kekok makan kari kaki ayam,capathi,puri..thosei aku tak makan..tak sedap..masam..then dia berhenti and kerja guard aka pengawal keselamatan..dgn basic gaji rm550 kalau aku tak silap..dari perdana v6 tukar kancil 660..”sportrim” pun pakai yg acah2..4 keping tak sampai 50 ringgit..

selagi tak sakit teruk dia tak kan cuti melain kan off day..demam sikit2 pun di gagah kan kaki pergi kerja..bila time gaji, kami makan mewah sikit..makan kfc..sebab tuh sampai sekarang aku tak boleh jauh dengan pintu kfc..asal ada menu baru,ayah aku mesti cakap,nanti dapat gaji kita pegi..tiap hari minggu kami pegi beli barang dapur..stok utk 2 minggu.. tak mampu beli yg fresh..beli yg frozen..rendam 3,4 jam baru boleh masak..gemuk jugak ank dia nih..itu lah serba sikit tentang arwah ayah aku yg tak pernah merungut waktu dia jatuh terduduk..







Guys, jangan kau salah kan “dunia” kalau kau sendiri malas berusaha..malu nak kerja pegang kain buruk lap meja..malu nak kerja yg kena sarung uniform security guard malu nak kerja yg kena sarung apron,duduk atas bangku dekat tepi longkang siang ikan siang ayam..

Anak bini kau lagi malu ayah nya tak bekerja..sedangkan fizikal kau mampu utk mengikat batu bata..sedangkan fizikal kau mampu berjalan susur kaki lima bersama cota dan torch light kunci jam di setiap check point..sedangkan fizikal kau mampu lapah lembu seekor..

Tak perlu lihat pada cerita aku tentang ayahku..ini sekadar teladan utk aku..cukup sekadar kau kenang bagaimana ayah kau tak pernah tergamak biarkan mak kau membanting tulang bekerja demi besar kan kau yg akhirnya, kau biarkan seorang anak perempuan yg kau rampas dari ayah nya, bekerja utk sara hidup kau

-aku tak pernah lupa berterima kasih dalam setiap sujud ku kerana memiliki ayah seperti kamu-

Rindu bertamu..Al-fatihah buat arwah ayah, salleh kamil (november 1962 – februari 2014)

+ Kredit untuk Shokolath Stoberry (Facebook)
+ Baca ribuan komen di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas