Connect with us

Oh! Media

Malu Apa Bossku Slogan Terbaharu Najib Razak

image2b2528702529jpg

Umum

Malu Apa Bossku Slogan Terbaharu Najib Razak

Panggilan terbaru buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang tersebar adalah ‘Malu Apa Bossku’ yang dilihat menaiki sebuah motosikal Yamaha Y15.

Slogan terbaharu Najib ini dikongsi di akau facebook rasminya yang menunjukkan satu gambar beliau sedang menunggang motosikal Yamaha Y15 dengan nombor pendaftaran ‘8055ku’ atau BOSSKU.

“Saya punya post, ada pula yang panas. Kenapa? Steady lah,” tulis Najib. Hantaran dalam tempoh sembilan jam itu mendapat 46,000 reaksi, 6,600 komen dan 5,300 perkongsian.

IKLAN

Perkataan ‘bossku’ ketika ini menjadi bahasa panggilan dalam kalangan generasi muda terutama mereka yang menunggang motosikal dan ia pada mulanya menjadi gelaran buat pelumba Motogp negara, Hafizh Syahrin.

Pada 11 Januari lalu dalam satu hantaran, Najib juga bertanya kepada pelayar di Facebook antara motosikal jenis Ysuku dan NVX mana satu menjadi pilihan.

“Antara Ysuku dan NVX mana pilihan kalian? Ride santai,” tulis Najib.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas