Connect with us

Oh! Media

MALBATT 850-6 berlepas Ke Lubnan Selama Setahun

Fb img 1536388828358jpg

Oh! Lifestyle

MALBATT 850-6 berlepas Ke Lubnan Selama Setahun

MALBATT 850-6 yang berlepas bagi menyertai misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) diminta menjaga akhlak, maruah dan disiplin ketika menjalankan tugas di luar negara.

Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu juga meminta setiap anggota terlibat agar komited dalam penugasan tersebut sekali gus menjulang martabat negara di peringkat antarabangsa.

Kumpulan pertama pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-6 (MALBATT 850-6) berlepas ke Lubnan bagi menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun diketuai Komander MALBATT 850-6, Kol Azhan Md Othman dan 215 pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

IKLAN

MALBATT 850-6 akan diatur gerakkan ke negara berkenaan secara empat peringkat iaitu 6, 13, 20 dan 27 September ini membabitkan keseluruhan 850 anggota tentera termasuk 30 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seorang pegawai kewangan Kementerian Pertahanan.

MENHAN berharap mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik, mengelak daripada terpalit dengan sebarang perkara sensitif di negara tersebut, mengutamakan keselamatan dan patuh kepada segala peraturan serta prosedur yang digariskan UNIFIL.

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas