Connect with us

Oh! Media

Malaysian Tigers Terus Catat Aksi Positif

141017hokimalaysia 2jpg

Umum

Malaysian Tigers Terus Catat Aksi Positif

Pasukan Hoki negara, The Malaysian Tigers akhirnya berjaya menamatkan saingan Trofi juara-juara Asia 2018 di tempat ketiga apabila menewaskan juara Sukan Asia Jepun 3-2 menerusi pukulan penalti di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman, semalam.

Anak buah kendalian Roelant Oltmans telah menunjukkan aksi membanggakan apatah lagi selepas dua kali berjaya menebus dendam terhadap Jepun yang mengalahkan mereka semasa di Palembang tempoh hari.

Edisi kali ini Malaysian Tigers berjaya mengulangi pencapaian sama dalam empat edisi sebelum ini iaitu di China pada 2011, Qatar (2012) dan Jepun (2013) dan Malaysia (2016).

IKLAN

Mengulas pencapaian itu, Oltmans menyifatkan jentera Malaysian Tigers boleh melakukan yang lebih baik, namun pengendali berusia 64 tahun dari Belanda itu tetap bangga komitmen diberikan pemainnya sepanjang kejohanan berkenaan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas