Connect with us

Oh! Media

Malaysia Teruskan Bantuan Dan Sumbangan Untuk Rakyat Palestin

Ptj19 191218 marzuki bn201812186624jpg

Umum

Malaysia Teruskan Bantuan Dan Sumbangan Untuk Rakyat Palestin

Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza.

“Kita memang selalu bagi bantuan melalui pertubuhan bukan kerajaan dan melalui tabung kemanusiaan. Kita akan berhubung dengan Kedutaan Palestin di Malaysia dan sekiranya perlu sumbangan, insya-Allah kita akan salurkan kepada mereka. Bantuan peralatan perubatan adalah satu daripada sumbangan terbesar kita. Kita juga cuba untuk memberi bantuan dari segi peralatan kepada sekolah-sekolah di sana, ini yang sedang kita giatkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Marzuki berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu itu terutama ketika umat Islam di Palestin sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. “Memang kita mengecam sama sekali serangan tersebut terutama di dalam bulan Ramadan tetapi Israel menggiatkan usaha mereka untuk menghancurkan Palestin.Ini adalah satu daripada usaha yang mana kita rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang Palestin mengecam sekejam-kejamnya perkara yang dilakukan Israel (ke atas Palestin),” katanya.

IKLAN

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas