Connect with us

Oh! Media

Malaysia Sudah Dapat Kotak Hitam Pesawat MH17

Umum

Malaysia Sudah Dapat Kotak Hitam Pesawat MH17

Dua kotak hitam daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia telah diserahkan kepada pihak delegasi Malaysia.

ADVERTISEMENT

Terdahulu, kotak hitam tersebut dipercayai telah di ambil oleh puak pemisah pro-Rusia namun telah dipulangkan kembali kepada kerajaan Malaysia berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai.

Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia. Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini. Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.

Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan. Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.

Tudung Terbaik Hanya Di SBU!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas