Connect with us

Oh! Media

Malaysia Isytihar Semua Mangsa MH370 Terkorban

Umum

Malaysia Isytihar Semua Mangsa MH370 Terkorban

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

ADVERTISEMENT

Pengumuman itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media yang diadakan semalam.

“Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan … dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban.”

“Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu,” katanya.

Datuk Azharuddin berkata, kerajaan memahami bahawa pengisytiharan ini amat sukar bagi ahli keluarga 239 mangsa rakyat Malaysia yang terlibat untuk menerimanya.

“Tanpa niat langsung untuk meredakan perasaan anggota keluarga, adalah diharapkan bahawa pengisytiharan ini membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang diperlukan, terutama menerusi proses pampasan,” kata Azharuddin.

Walaubagaimanapun, misi mencari sehingga kini masih lagi diteruskan dengan bantuan berterusan daripada China dan Australia.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas