Connect with us

Oh! Media

Malaysia Fair Tokyo 2018 Dapat Sambutan Masyarakat Jepun

44436538 578799275888245 5030919262985299389 njpg

Umum

Malaysia Fair Tokyo 2018 Dapat Sambutan Masyarakat Jepun

Program Malaysia Fair 2018 yang berlangsung di Tokyo Jepun nampaknya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerjasama beberapa agensi kerajaan ini akan berlangsung selama 3 hari di Shinjuku Chuo Park.

Malaysia Fair yang pertama kali diadakan di Jepun ini dirasmikan oleh Duta Besar Besar Malaysia ke Jepun, Ahmad Izlan Idris ini menampilkan pelbagai menu sajian tempatan. Menariknya, pengunjung sanggup beratur panjang walaupun hujan sehingga kebanyakan makanan habis dijual dalam tempoh yang singkat! Antara juadah yang mendapat sambutan padu ialah nasi lemak, kuih-muih tradisional seperti puteri ayu, karipap, seri muka dan pisang goreng.

Selain memperkenal keunikan kebudayaan dan kesenian pelbagai etnik di Malaysia, program ini juga turut membuka peluang kepada usahawan Malaysia mempromosikan produk mereka di Jepun.

IKLAN

Menerusi program ini juga, produk halal Malaysia mendapat permintaan yang tinggi menjelang Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. Ini menunjukkan Malaysia semakin dikenali di hati rakyat Jepun.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan industri pelancongan Malaysia dengan kedatangan pelancong dari Jepun. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan mempromosikan budaya dan makanan tradisi kita agar terkenal di seantero dunia.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Sumber: BH

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas