Connect with us

Oh! Media

Malaysia Diiktiraf Sebagai Perkhidmatan Kesihatan Terbaik dan Pertama Di Dunia

Umum

Malaysia Diiktiraf Sebagai Perkhidmatan Kesihatan Terbaik dan Pertama Di Dunia

Hasil dari penilaian The Joint Commission International (JCI) yang merupakan organisasi yang bertanggungjawab dan diiktiraf seluruh dunia bagi meneliti taraf perkhidmatan kesihatan seluruh dunia telah memilih Malaysia sebagai negara yang memiliki perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan infrastruktur canggih.

ADVERTISEMENT

Menurut laman web International Living Malaysia berjaya menduduki tempat pertama daripada enam buah negara yang telah lepas penilaian terbaik dalam kategori Kesihatan Terbaik di Dunia untuk 2019.

Perancis berada di belakang Malaysia apabila berjaya menduduki tempat kedua dan diikuti dengan Thailand di kedudukan yang ketiga. Selain itu, 4 negara lain adalah termasuk negara Ecuador di tempat keempat, Mexico berkongsi kedudukan dengan Costa Rica di tempat kelima.

Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan faktor hospital yang bersih, cemerlang, doktor yang terlatih, dan harga yang berpatutan.

The Joint Commission International (JCI) telah menilai 13 hospital di negara ini dimana kebanyakkan hampir semua doktor yang majoritinya dilatih di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia dimana fasih berbahasa Inggeris malah boleh berkomunikasi dengan baik.

Oleh itu, ini pasti akan menjadi sesuatu yang patut dibanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana kita telah terbukti memiliki perkhidmatan perubatan yang terbaik di dunia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas