Connect with us

Oh! Media

Malaysia Akan Kaji Sebelum Mengharamkan Kemasukan 5G Huawei

Umum

Malaysia Akan Kaji Sebelum Mengharamkan Kemasukan 5G Huawei

Huawei yang juga merupakan sebuah syarikat telekom gergasi dari China ingin membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia dan ini perlu dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat sekiranya Malaysia ingin menyekat pembinaan ini.

ADVERTISEMENT
Ini dilihat perlu, kerana kebimbangan berhubung pengintipan siber yang semakin meningkat dalam kalangan negara barat.
Berhubung dengan perkara ini, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata. ‘Apa yang Jerman mahu lakukan akan ditentukan sendiri oleh Jerman dan apa yang ingin dilakukan Kanada hendak lakukan juga keputusannya terletak kepada mereka.
“Namun Malaysia tidak akan mengikuti apa yang orang lain lakukan. Kita perlu kaji dan memastikan sama ada ia sesuatu yang berasas untuk diambil tindakan sedemikian terhadap syarikat berkenaan.” tambah Tun Mahathir.
Walaubagaimanapun, dimaklumkan bahawa Australia dan New Zealang telah mengharamkan kemasukan Huawei 5G ini kerana ia mungkin boleh menjadi peralatan untuk digunakan oleh pihak berkuasa China bagi pengintipan siber.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas