Connect with us

Oh! Media

Maksud Kelebihan Solat Di Masjidil Haram

Umum

Maksud Kelebihan Solat Di Masjidil Haram

SOALAN:
Sabit dalam hadith yang sahih bahawa solat di dalam Masjidil Haram sebanyak 100,000 kali ganda dari solat di masjid yang lain. Adakah termasuk solat di bumi Mekah juga mendapat kelebihan yang sama?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Hadith yang dimaksudkan ialah hadith riwayat dari Jabir bin Abdillah r.a sesungguhnya Nabi saw bersabda:

صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِئَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
“Satu solat di dalam Masjidil Haram lebih afdhal dari 100,000 solat di masjid yang lain.” (Riwayat Imam Ahmad)

Ulama’ berselisih pada kelebihan yang disebut pada hadith ini maka sesetengah ulama’ berkata ialah pada sekelian kota Mekah dan kata setengah ulama’ ialah seluruh Tanah Haram.

Pendapat yang paling kuat ialah di dalam Masjidil Haram sahaja yakni pada keliling Kaabah dan kawasan dalam masjid sahaja termasuk bahagian baru yang ditambah.

Inilah pendapat yang dimuktamadkan oleh Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithamy dengan katanya:

إذ نَصَّ الحديثُ على (المسجد الحرام)، ولو كان الأجر شاملاً الحرم كله لقال: (صلاة في الحرم)، أو (في مكة)، وقياس الحرم كله على المسجد الحرام في هذه المسألة لا دليل عليه، بل جاءت بعض الروايات صريحة في تسمية المسجد بـ(مسجد الكعبة) كما في “صحيح مسلم”، وفي هذا نص على تخصيص المضاعفة بالمسجد الحرام، وليس في مكة كلها.
“Dari kerana nas daripada hadith menyebut Masjidil Haram. Kalau fadhilatnya meliputi sekalian Tanah Haram nescaya hadith akan berbunyi: Solat di bumi Haram atau di Mekah. Bermula dikiaskan Tanah Haram sekaliannya atas Masjidil Haram pada masalah ini tiada dalil atasnya. Bahkan datang pada sebahagian riwayat yang jelas pada menamakan Masjidil Haram dengan masjid Kaabah sebagaimana dalam Sahih Muslim. Dan pada ini menjadi nas atas khususnya ganda pahala itu hanyalah di Masjidil Haram bukan pada sekalian bumi Mekah.” (Tuhfatul Muhtaj)

Berkata Imam Nawawi:

“واعلم أن المسجد الحرام قد يطلق ويراد به الكعبة فقط، وقد يراد به المسجد وحولها معها، وقد يراد به مكة كلها، وقد يراد به مكة مع الحرم حولها بكماله -ثم قال- ومن الثاني: قول النبي صلى الله عليه وسلم: “صلاة في مسجدي هذا خير من ألف صلاة فيما سواه إلا المسجد الحرام”. وقوله صلى الله عليه وسلم: “لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد… إلى آخره” انتهى
“Ketahui olehmu sesungguhnya Masjidil Haram itu terkadang maksudnya ialah Kaabah sahaja dan terkadang maksudnya ialah masjid dan sekelilingnya dan terkadang maksudnya seluruh bumi Mekah. Sesetengah dari yang dimaksudkan dengan masjid dan kelilingnya sahaja ialah sabda Nabi saw:
“Solat di Masjid Nabawi ini lebih baik dari seribu solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram.” Dan sabdanya: “Tiada dibuat perjalanan jauh melainkan kepada tiga masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.” (Al-Majmu’ jilid 3 m.s. 189-190)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas