Connect with us

Oh! Media

Makcik Minta Duit Di KL Sentral Di Siasat Polis Atas Keberanian Pembaca Oh! Media

Umum

Makcik Minta Duit Di KL Sentral Di Siasat Polis Atas Keberanian Pembaca Oh! Media

Pada bulan lalu, Ohmedia pernah berkongsi aduan seorang pengirim tentang rasa ditipu oleh seorang wanita di KL Sentral bulan lalu dan jika kita rujuk semula artikel tersebut, bukan satu tapi sangat banyak aduan tentang pengalaman yang sama dilalui oleh ramai lagi insan naif yang berhati mulia.

ADVERTISEMENT

Baca: Hati-Hati Dengan Penipuan Di KL Sentral

Nampaknya aduan yang viral itu tidak mendapat perhatian dari pihak berkuasa sehinggalah kami menerima berita dari seorang followers kami yang lain ini. Baca apa yang dikongsikan oleh pengirim bernama Zurina di bawah ini.

“Hello admin .. masih ingat kisah makcik yang menipu duit student di KL sentral tu ? Well hari ini di TBS dalam pukul 2ptg makcik tuu dah di tangkap polis sebab menipu pelajar jugak di BTS ni .. sebelum saya ada baca kisah makcik tu di Oh Media juga .. rasa kesian dekat student lelaki tuu .. then masa saya sampai di BTS , rakan saya yang dapat cam dulu wajah makcik tuu .. tapi kali ni dia memakai selendang warna merah pula.. jadi kami cuba cari semula kisah di oh media .. dan memang betul makcik yang sama .. time tu dia tengah menipu sorg student perempuan bertudung labu dari KUIS.. lepas mereka berbual semua .. saya cuba kejar student tu .. dan tanya apa hubungan dgn makcik tuu ? Dia ada minta apa2 tak ? Then student tuu tnye knapa ? Sy tunjuk article di oh media .. mula2 student tuu xnk crita kat sy siapa makcik tuu lepas sy tunjuk article tuu baru dy bgtau yg dia memg ada bg duit kat mkcik tuu RM50 inggit .. kami terus turun ke balai polis di BTS dan cerita kn semua sekali .. alhamdulillah pihak polis cepat ambil tindakan dan terus menahan makcik tu yang senang cuba menipu pelajar yang berada di sebelah tempat duduk student tudung labuh tadi .. lepas dah di tahan di soal siasat dia mengaku dan pulang kan smula duit student td..”

Tidak kira apapun alasannya, kegiatan meminta-minta begini harus segera ditangani oleh pihak berkuasa agar tidak terus berlaku dan makin ramai menjadi mangsa (kalau betul tak apalah juga tapi tak boleh digalakkan terus berlaku). Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pengadu yang memaklumkan hal ini dan kami “SALUTE!!” dengan keberanian anda bertindak dengan amat baik sekali.

Oh! Media​: Ini artikel yang pernah kami kongsikan bulan lalu (artikel asal dan asli) – http://www.ohmedia.my/2015/04/hati-hati-dengan-penipuan-di-kl-sentral.html

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas